11th May, Tuesday, 9:41 a.m.

Salam, guys.. Maybe this is my last warning. Sebelum ni pernah ada mimpi pasal mati kena tanam. Tapi dalam mimpi kali ni. Dia unik sikit.

Waktu tu tengah hujan, hujan lebat sesangat. Sampai tak nampak langsung orang yang ada di depan. Tiba-tiba, aku boleh nampak macam sebelah NE tu macam dah cerah. And tiba ada cahaya hijau zupp langgar aku. Maybe aku tertidur sekejap? Lepastu aku bangun. Aku dalam bilik yang agak pelik. Keliling aku berwarna hijau. And dekat pintu tu ada tulisan arab 'Ar-Ribbah'. Aku pun keluar ikut pintu tu.

Once dah keluar ikut pintu tu. Tiba-tiba aku ada dekat bilik yang pelik sikitlah. Dia macam deja vu tau. Macam bilik yang ada dekat umah nenek aku. Dekat luar bilik dengar suara orang2 dewasa tengah membaca surah Yasin. Atas katil, jelas nampak satu tubuh yang dilitupi kain batik lepas. Itu adalah jenazah aku. Aku berfikir sejenak "Andai aku adalah roh, mungkinkah aku boleh masuk semula ke tubuhku?" Aku pun terus baring di atas mayat itu dan tiba-tiba diserap masuk zuppp. Pandanganku gelap. Aku enggan membuka mata kerana amat gentar dengan kemunculan apa-apa makhluk. Mungkinkah Malaikat Munkar dan Nakir? Atau ini cuma mimpi dari Allah SWT? atau hanya mainan Iblis Laknatullah?

"Hekkkkk" aku dengar dari bahagian belakang tubuhku. Suara yang mengejutkan itu disambung dengan suara halus sukar didengar yang berkata "tak apa.. boleh buka mata..". Aku gagahkan diri untuk membuka mata. Meja solek yang sama kepunyaan bondaku ada di hadapan. Sah, itu hanyalah mimpi atau petunjuk Allah SWT agar aku tidak terleka dengan kematian. Wallahua'lam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Boy the Shadows Remembered