WANIALIA : KAU DAN AKU TIDAK SERUPA : EPISOD 1
Bagaimana penulis ini mampu mengetahui keberadaanku? Bukankah aku sepatutnya memadam seluruh ingatan tentang keluarga itu? Ini tidak sepatutnya berlaku. Aku harus cari siapa Ms. W ini.
"Assalamualaikum semua, malam ini kita akan adakan majlis berbuka puasa di dewan sekolah. Harap kami semua dapat hadir bagi memeriahkan majlis ini ya," umum cikgu Zubir kepada seluruh warga sekolah menggunakan pembesar suara yabg dipasang di setiap sudut dewan sekolah. "Alia, jom kita datang malam ni nak? Nanti kita boleh stay up untuk belajar sama-sama," "Aku okay je, Sarah macam mana?" "Dia kata dia tak boleh nak join sebab ada family matter. Tapi dia kata, doakan nenek dia supaya panjang umur" "Ya Allah, apa jadi dengan nenek dia?" "Entahlah, dia taknak share pasal benda ni," "Tak apalah, kita doakan yang baik-baik je" "So, kau on kan malam ni?" "Of course, sisturrrr". Mereka pun berganding bahu berjalan bersama-sama ke kelas 3 Zuhrah untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa.
"Nina, kenapa kau buat macam ni? Apa salah keluarga aku?" kata Sarah yang tergesa-gesa memasang kekuda silat tanda ingin berlawan. "Kau tanya kenapa aku berbuat begini? Disebabkan mulut bocor kau itu Sarah, Ratu sudah mula mengesyaki keberadaan kita. Mengapa kau sibuk memberitahu manusia itu? Kalau kata-kata ia boleh diubah dan diputar belit, tetapi tulisan kekal malar. Tidakkah kau awas dengan perkara ini? Kau berasal dari keluarga yang arif dan bijak-bijak tetapi kejujuranmu membuat seluruh puak kita diancam," "Benar, aku telah menceritakan perkara yang tidak sepatutnya. Tetapi kita patut mencelikkan manusia tentang keberadaan makhluk lain selain mereka. Mereka tidak sepatutnya menghancurkan bumi sesuka hati. Ini bukan rumah mereka sahaja. Jika kita mewujudkan diri kita dihadapan mereka, kemusnahan bumi dapat dihentikan." "Hah, apa kau belum celik? Ada sebab tuhan mengasingkan kita dengan mereka. Malah, moyang kita tidak pernah mewujudkan diri mereka dihadapan manusia kecuali untuk menyerang mereka apabila memasuki kawasan kita. Adakah kau beranggapan manusia akan mempercayai keberadaan kita yang bertubuh lebih kurang mereka? Yang muncul dari entah mana tiba-tiba menuntut bumi juga kepunyaan mereka? Kau silap. Sekarang atas arahan Melor, aku perlu hancurkan kau dan menghancurkan budak perempuan itu," "Langkah mayat aku dulu Nina! Dia tidak salah apa-apa. Dia sahabatku. Jangan kau berani apa-apakannya!" kata Sarah yang perlahan-lahan bertukar kulit kepada sisik ular.
"Wani, asal kau lambat naw? Kita dah nak start solat and tadarus sekali ni" "Iyooo, sabo jadi manusia, perempuan kan memang lambat. Haih, tak menyabolah kau ni Alia!" "Hah, yelah. Aku tunggu kau dekat pondok jaga" "Okay,babeh. Love you." "Ew, okayh baby." Perbualan mesra mereka dalam talian itu terus terhenti di situ dan masing-masing bersiap untuk pergi ke tempat sepatutnya. Memandangkan Alia adalah seorang senior di aspuri, dia boleh pergi ke mana-mana sahaja yang dia mahukan. Manakala, Wani pula seorang pelajar sekolah di situ yang tidak menetap di aspuri, sejenis yang 'homesick' lah katakan.
"Huh, kau sudah kalah Sarah. Besar sungguh cita-cita kau untuk mengalahkan daku. Bagai mengajar itik berenang. Ilmu kau dan ilmuku seperti langit dan bumi. Bagaimana kau mampu untuk mengalahkan aku?" "hahaha, dengan mudah kau percaya aku telah dikalahkan. Apa kau sudah lupa? Aku adalah seorang bunian. Aku mampu untuk menggunakan hajat kematianku." "Dengan ini, aku melantik SYAZWANI BINTI ISMAIL sebagai pelindung baharu 7 lapisan bumi menggantikan diriku." "Tak guna! Sini kau!" Sebaik ikrar dan hajat yang keluar dari mulut Sarah, dengan pantas Nina melilit Sarah dengan erat menggunakan akar-akar yang keluar dari bumi membenam tubuh Sarah yang nazak. Tubuh Sarah yang penuh dengan isi perlahan-lahan menjadi abu yang berterbangan di ruang udara. "Arghhhh! Tak guna!" tengking Nina.
"Ada malapetaka yang akan berlaku. Kau harus bertindak segera. Sebelum mereka menyerang.."

Ulasan
Catat Ulasan