VILA : EPISOD 1

 


“Woi, kau tutup sekarang benda itu! " arah seorang lelaki dalam lingkungan 50-an dengan riak wajah yang bengis. Kotak itu tetap diangkat walaupun hati terguris dengan perilaku bapanya yang baran itu. Satu tamparan kuat hinggap ke pipinya. Barang-barang yang elok tersusun di dalam kotak habis berterabur. Rizal memandang papanya dengan perasaan dendam berbaur marah. Memang penyakit keturunan. "Benda ni yang buat result kau makin teruk ! " papanya membabi buta menuduh permainan video yang dibeli dirinya sendiri. Dia terkedu memikirkan apa salah segala gajet dan permainan video yang dia miliki?  "Aku tak faham kenapa kau suka dengan benda ni! Masakan tidak berfaedah, mahal pula tu! Kenapa kau membeli benda ini?" jerkah papanya melampiaskan amarah kerja kepada budak bawah umur itu.

Dia tunduk,  namun membantah dengan kesilapan sendiri yang terang lagi bersuluh, lalu mengutip barangan yang jatuh menahan sebak. Geram, dendam, marah, sedih dan semua perasaan bercampur-baur. Sudahlah anak itu masih remaja yang mentah, ditengking dan ditampar tanpa hati perut. "Kau tak perlu nak kutip benda tu lagi! Hari ini, aku akan ajar kau cukup-cukup erti dewasa!" sebaik habis bicara bapanya itu, satu tendangan berbisa hinggap pula di belakang badannya. Dia mengaduh kesakitan. "Faezah! Kau bawa kayu golf aku tu!" arah papanya kepada seorang perempuan yang mempunyai kesan lebam di serata badan. Tanpa berlengah, wanita itu mengambil sebatang kayu golf lalu memberinya kepada lelaki durjana tidak berhati perut itu. Dia mengeleng cemas dan gentar. "Abang, please abang jangan pukul anak kita, bang. Abang! "  Lelaki itu langsung tidak mengendahkan jeritan wanita  itu.

Dengan sebatang kayu golf di tangan, ‘Papa’ budak itu memukulnya berkali-kali sehingga jelas kelihatan kesan lebam di badan. Tidak cukup dengan itu, semua peralatan gajet yang dia ada semua dihancurkan. Skrin monitor LCD hancur retak seribu. Cakera padat dan konsol permainan pula dipijak-pijak tanpa rasa sebal di dada. Fuh, kaya naww. Ya, semuanya musnah. MUSNAH! Dia tergamam dan masih tidak melawan. Eh, baiknya budak ni. "Aku dah cakap! Disebabkan benda ini, kau lalai! Kau tak mahu dengar cakap aku, kau kurang ajar dengan aku sebab bahana ini je! Exam kau, kau main-main! Kau ingat benda ni. Bila aku dah tak ada nanti, siapa yang nak jaga mak dengan adik-adik kau? Kau ingat dengan main game kau boleh kenyang?"

Dia menggenggam erat tangannya. Badannya yang sengal dan sakit tidak dipedulikan. Dia tetap dengan pendiriannya yang hakiki. Dia tidak mahu dilabel sampah dan anak tidak berguna lagi. YA, ITU SAHAJA CARANYA.

Daun pintu dirempuh hingga terbuka luas tanda amarah di dada yang kian membuak-buak. Setiap bait-bait yang dikeluarkan dari lidah berserampang bapanya itu masih jelas di ingatan. Geram. Panas hati. Sedih. Semuanya bercampur ibarat psikopat yang menyeringai dan meracau tak tentu pasal.

Tiba-tiba, pergerakan anak matanya kaku menghadap ke suatu sudut. Satu idea gila membenak di akal yang tidak waras. Tersenyum sinis membawa seribu makna. “Mati, mati, mati, MATI, MATIIIIII! AHAHAHAHAHAHAHA!”. Kata-kata yang ngeri itu disambut hilai tawa bergema memecah kesunyian malam nan sepi. Mata yang membulat terjojol. Ekspresi muka yang mampu menakutkan sesiapa saja yang melihatnya. “Kini aku bebas untuk buat apa yang aku mahukan! Papa tak perlu risau pasal aku lagi. Hehehe” tawa kecil disambut dengusan geram diakhiri esakan psikotik.

“Ya Allah, aku reda. Andai ini yang terbaik, kau permudahkanlah urusan keluargaku selepas ini. Aku sudah tidak sanggup untuk hadap sakit tidak tiris ini,” Pecah tempurung kepalanya akibat hentakan kuat pada permukaan jalan tar serba keras itu. Darah membuak-buak keluar dari belakang tengkuk. Pembuluh darah bocor. Otaknya bersepai ke kiri kanan bahu jalan. Suasana sepi malam di kondominium itu bertukar 360 darjah apabila dikejutkan dengan mayat seorang remaja yang terjun dari tingkat 21 itu. 

Beberapa minggu kemudian..

Ketukan pada pintu rumah Rizal menarik perhatian ibu Rizal untuk membuka daun pintu. Sebaik dia menolak daun pintu ke hadapan, perasaan hairan dan terkejut bercampur. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Ibu Rizal. “Adakah puan bernama Faezah binti Ilias?” tanya seorang lelaki tegap berbadan sasa diiringi seorang lagi laki-laki dengan lagak inspektor mengamati suasana sekitar rumah. “Ya, saya,” jawab Puan Faezah iaitu ibu Rizal. “Kami inspektor dari MPH Bukit Aman. Puan Faezah ditahan atas dakwaan menjadi salah seorang suspek tuduhan pembunuhan seorang remaja lelaki di kondominium berdekatan,” jawab laki-laki dengan tanda nama ‘Inspektor Rafizi’ di bahagian dada lalu menggari pergelangan tangan Puan Faezah. “Mama..” “Tak apa sayang. Mama pergi sekejap saja. Nanti mama balik, ya,” sahut Puan Faezah memandang anak keduanya yang sudah berjujuran air mata. Insp. Rafizi membuat isyarat tangan kepada rakannya, Hasif itu untuk memujuk kanak-kanak perempuan yang baru berusia 12 tahun itu.

Sudahlah anak sulungnya Rizal pergi entah ke mana, kini dia menjadi suspek pembunuhan salah seorang remaja di kawasan berdekatan. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Hatinya digores oleh bait-bait suaminya yang membuta tuli melampiaskan amarah pada anak sulung kesayangannya. “Apa lagi yang belum kau uji aku, ya Allah?” suara hati seorang ibu yang dituduh membunuh. Semasa di meja soal siasat, Puan Faezah hanya mendiamkan diri. Dia tidak mengiyakan tidak juga menafikan. Bagai lelayang terputus tali, Puan Faezah tidak jumpa pedoman untuk terus kuat. Dia hanya mendiamkan diri.

“Fiz, susahlah macam ni. Puan Faezah betul-betul tak nak cakap apa-apa. Dia diam membisu saja. Aku tak tahu nak guna cara apa lagi, “ kata lelaki berseragam polis penuh dengan tanda nama yang jelas terpampang tulisan ‘Inspektor Naim’ kepada Inspektor Rafizi. “Okaylah, bagi aku cakap dengan dia,” jawabnya semula. “Assalamualaikum, Puan Faezah. Saya Insp. Rafizi..” “Tak payah nak kenalkan diri banyak kali. Aku tahu nama kau siapa,” tersentap Inspektor Rafizi mendengar kata-kata Puan Faezah itu. Inspektor Naim tergelak melihat bedah siasat yang dijalankan oleh salah seorang inspektor yang paling digeruni dipatahkan dengan kata-kata yang amat mendalam itu. “Baiklah, sekarang saya nak tanya puan. Kenapa puan berdiam diri? Kenapa puan tidak cuba untuk menafikan kenyataan itu? Puan masih ada anak yang menanti di rumah. Kesian dia..” “Itu bukan anak aku. Dia anak luar nikah bapa dia dengan perempuan lain. Aku hanya ibu susuan,” “Kalau begitu, puan tidak ada rasa simpati walau sedikit pada dia? Keberadaan bapanya masih belum dapat dipastikan. Kalau puan masih berkeras untuk tidak memberitahu di ma..” belum sempat Inspektor Rafizi menghabiskan tutur bicaranya, Puan Rafeah menyampuk keterangan yang diberikan olehnya. “Faizal dah larikan diri?! Tak guna! Aku dah masuk lokap sebab dia! Sekarang dia lari tinggalkan aku dengan anak aku?! Dasar keparat jahanam!” Faezah meracau tak tentu pasal mendengar kata-kata yang cukup untuk membuat darahnya mendidih. Dia melempar kertas-kertas yang terdapat di atas meja. Dilempar kerusi hingga retak cermin tingkap bilik itu. Dia sudah menggila. Tidak boleh dihadap lagi perangai jantan tak guna bukan kepalang Si Faizal itu. Dasar pengkhianat. Berani dia tinggalkan aku di balik palang besi tidak bersudah ini!

“Mama, huhu.. mama..” teresak-esak anak kedua keluarga itu menanti kepulangan ibunya. “Adik, tak apa. Mama awak akan pulang tak lama lagi. Sabar ya,” kata-kata Hasif cuba untuk menenangkan budak berpakaian serba merah itu. “Saya tak bolehlah abang. Walaupun saya tahu dia bukan ibu kandung saya, saya tetap sayang dia. Adakah ini kifarah atas perbuatan ibu dan Papa saya? Tapi kenapa saya seorang sahaja yang perlu merasai semuanya? Kenapa Papa dan ibu tidak terlibat sama? Ini tidak adil!” Kata-kata budak itu dibalas dengan reaksi dingin daripada Hasif. Dia tidak tahu untuk menjawab apa-apa. Dia kasihan akan kanak-kanak itu kerana ia perlu hidup dalam penderitaan di usia muda kerana konflik yang dicetuskan oleh ibu bapanya sendiri. “Sabar ya, Rina. Insyallah, mama kamu pasti akan dibebaskan.”

“Hahaha, bodohnya kau Rafeah. Diakhir penghujung kontrak kita pun, kau masih berguna. Aku memang patut berterima kasih pada kau, Rafeah. Hahah. Memang bodoh,” kata-kata antagonis Faizal itu mendinginkan suasana sepi malam ditemani bunyi cengkerik. Dia hanya duduk di berandah sebuah vila yang terletak di tengah-tengah hutan belantara. Sepasang tangan menghulurkan secawan teh. “Terima kasih, sayang.”


Ya, saya memang tertarik dengan drama bersiri Korea, Penthouse. Memandangkan Penthouse Season 3 : Episode 9 belum keluar, saya berhasrat untuk menghasilkan 1 karya menggunakan elemen yang hampir sama dengan Penthouse. Nantikan episod 2 di Blog ini ya. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Boy the Shadows Remembered