VILA : EPISOD 2
“Apa yang aku dah buat? Ya Allah. I.. ini bukan salah aku.. Aku tak
bersalah..”
Rizal tersedar dari mimpi yang mengerikan. Adakah itu sekadar mimpi ngeri
biasa yang dialami manusia biasa? Atau mimpi itu ada suatu makna.. Makna yang tersembunyi..
Makna yang hanya diketahui olehnya. Arghh. Ini semua memeningkan kepalanya.
Daripada dia memikirkan mimpi yang tidak dia pedulikan itu, baik dia balik ke
Rumah. Sudah tentu papanya sedang memarahi Rina dan ibunya yang lemah dan
sentiasa menjadi tempat melampiaskan amarah tidak tentu pasal. Dasar keparat
tidak berhati perut. “Kadangkala, aku sedih melihat keadaan mama yang sentiasa
teraniaya dengan sikap papa yang tidak bertimbang rasa. Sungguhpun papa
jarang-jarang memukul mama, tetapi kata-kata pedas yang disembur itu ibarat
siulan dan buah mulut setiap kali mereka bersemuka. Naik rimas aku, haih..”
Semasa dalam perjalanan pulang daripada bangku jalan, dia terkejut melihat
sebuah liputan berita berkaitan kondominium baharu yang dibina berdekatan
rumahnya dan ibunya menjadi suspek utama. Satu ingatan samar-samar yang berlaku
malam itu terimbas kembali.
“Aku dah tahu siapa kau yang sebenar. Kau memang keparat tak guna! Kalau
bukan sebab kau, tentu kita masih ada Menteri Luar Bandar yang berguna. Nah..
kau nak nafikan apa lagi?” Suara seorang wanita yang kedengaran dari sebalik
dinding kayu nipis itu. Tiba-tiba, suara jeritan seorang remaja lelaki bergema
lalu hilang disulami angin sepoi-sepoi bahasa di tingkat 21 kondominium itu.
Rizal rebah. Dia terkesima mengingat kembali insiden itu. Dia perlu pulang
ke rumah. Kedua-dua ibu bapanya tidak boleh dipercayai. Dia tidak sanggup
meninggalkan adiknya bersama dengan dua binatang yang menakutkan itu. “Tidak!
Jangan kau sesekali tinggalkan walau satu kesan pada adik kesayanganku!”
“Sayang, I rasa, you jangan keluar pergi mana-mana untuk
sehari dua ini, I nak pergi testify untuk perempuan tu. Duduk
diam-diam tahu. Love you,” kata
Faizal. “Okayh, love you too.” Suara
seorang wanita yang lebih kurang seperti suara Faezah. Wajah mereka seakan.
Cuma, lirikan dan cara pemakaiannya agak berbeza dan janggal untuk Faezah
pakai. Tidak, ini bukan Faezah. Siapa wanita dengan pakaian serba-serbi tak
cukup kain ini? “Haih, Faezah. Sampai sekarang kau masih berguna untuk aku.
BAHAHAAHHAHA” “Puan Faye, kereta sudah siap di hadapan rumah.” “Tidak mengapa
Darwisy, hari ini saya nak jadi good girl.
Kita duduk diam-diam di rumah sahaja.” Wanita yang dipanggil Faye itu memandang
pembantunya, Darwisy dengan pandangan yang tajam. Pandangan penuh simpati dan..
keghairahan. Dia menghampiri Darwisy. Suatu perbuatan keji dipandang remeh oleh
manusia berdarjat kayangan itu. Mereka bercumbuan seperti manusia tidak
berpedoman sedangkan Rasullulah SAW telah meninggalkan Al-Quran dan Al-Sunnah
sebagai panduan hingga Hari Kiamat. Terang lagi bersuluh, kekayaan harta benda
yang mereka miliki hanyalah ujian istidraj Allah SWT kepada golongan kaya-raya
seperti mereka.
“ Rina, mana kau?! Kita kena keluar dari sini sekarang!” “Eh, kenapa
jerit-jerit ni abang? Nanti Inspektor Hasif dengar macam mana?” ‘Ah, pergi
lantaklah sesiapa, kita kena keluar dari sini. Sekarang!” tengking Rizal pada
adiknya. Rina tergamam melihat Rizal yang begitu menakutkan. Dia memandang
wajah Rizal dengan raut wajah bak disampuk jembalang. Bebola mata abangnya
tidak tumpah seperti bapanya yang kejam dan dayus itu. “Kenapa abang macam ini?
S..saya takut..” terketar-ketar Rina menyoal perilaku abangnya yang dingin
lebih dari biasa. Rizal memandang wajah adiknya. Riaknya terus berubah.
Ekspresi marah membungkam tadi bersilih dengan pandangan sayu dan simpati. Dia
sebak melihat adiknya yang ketakutan. “Sabar ya, dik” lalu memeluk erat
adiknya. Bergelinangan air mata Rina lalu menyahut lengan abangnya. Dia takut.
Mama yang ditangkap atas tuduhan membuta tuli. Papa yang hilang entah ke mana. Kini,
abang kesayangannya turut bersikap dingin terhadap dirinya. “Abang tak sayang
saya..” Ayat yang sama berulang kali diucapkan dari bibir Rina yang
teresak-esak menangis. Rizal akur dengan tindakannya itu. Dia menahan rasa
sebal di hati. “Ya Allah, apakah dosaku hingga sebegini teruk kau uji keluarga
kami?” Mereka berdua bergelinangan setempeyan air mata dan menyalahkan takdir
atas kacau-bilau yang berlaku.
“Assalamualaikum, Encik Faizal,” ujar Inspektor Rafizi. “Waalaikumsalam,
tuan” jawab Faizal lalu berjabat tangan tanda formaliti. Mereka duduk di meja
bedah siasat. “Baiklah, berikut merupakan beberapa bukti bahawa isteri encik
terlibat dengan jenayah yang berkaitan dengan insiden yang berlaku tempoh hari.
Adakah en...” tidak sempat Rafizi mahu meyambung ayatnya, Faizal terus menyampuk
dan mengiyakan kenyataan bahawa isterinya yang melakukan semua perkara
tersebut. Tiada satu pun fail yang dibuka oleh Faizal. Ibarat dia betul-betul
menunggu fenomena durian runtuh ini untuk berlaku. Dia mengiyakan setiap
pernyataan yang ditujukan oleh Inspektor Rafizi lalu berjalan keluar menuju ke
bilik perjumpaan. Dia melawat Faezah yang terkurung di sebalik cermin kaca itu.
Faezah memandang muka Faizal dengan dendam yang membara. Hatinya bagai gencala
api yang menunggu masa untuk meletus. “Kau nak apa jumpa aku?” tanya Faezah
kepada Faizal. “Eh, sayang. Jangan cakap macam itu. Kita kan masih suami
isteri. Lagi 3 bulan saja kontrak kita dah nak habis. Sekarang ini, sayang
rehat secukupnya, kayh?” “Kurang ajar kau setan! Selama 17 tahun perkahwinan
kita ini. Kau masih lagi ingat pasal kontrak itu? Jantan tak guna! Sini kauu!”
jerit Faezah lalu menghempas kerusi pada cermin kaca pembahagi itu. Faizal
hanya membahan Faezah dengan gelakan sinis berterusan. Retakan pada cermin kaca
itu menggembirakan lagi hati Faizal. Dia hanya ketawa. Ketawa terbahak-bahak
melihat reaksi Faezah. Faezah ditahan dan diheret masuk ke lokap semula. “Kau
tunggu Faizal! Kau tunggu!” Jeritan Faezah terdengar bergema di setiap sudut
sel tahanan itu. “Faizal, kau tunggu! Kau tunggu! AHAHAAHAHAHAHAHA! Hmm..hmm(tangisan)
AHAHAAHAHAHAHHAHA!” hilaian psikotik pada sel Faezah bergema hingga ke luar.
Meremang bulu roma mereka yang mendengar suara itu.
Seorang anggota polis terkejut melihat kehilangan seorang kanak-kanak yang
sepatutnya berada di bawah jagaanya hilang. “Kod Merah, saya ulang Kod Merah.
Rina sudah menghilangkan diri. Kod Merah, saya ulang Kod Merah. Rina sudah
menghilangkan diri,” ujar speaker pada walkie-talkie Inspektor Rafizi. Dia
terkejut. Bagaimana Rina boleh lesap begitu sahaja? Tidak mungkin. Bagaimana?
Tanpa budak itu, rahsianya akan terbongkar. Dia tidak mempunyai sebarang
kambing hitam kali ini.
Apakah yang disembunyikan Inspektor Rafizi? Kenapa Rina dijadikan kambing
hitam? Apakah rahsia antara Faezah dan Inspektor Rafizi? Adakah suara yang
Rizal dengar itu kepunyaan ibunya, atau orang lain? Nantikan kisah tersebut di
episod seterusnya.

Ulasan
Catat Ulasan